Pagi-pagi lagi saya menerima panggilan daripada En Mokhtar, ada orang nak KOPI KELAPA DARA BIO ASLI. Datang dari Benut. Nama beliau En Atan. Buat temu janji kat kedai buah, di Jalan Tanjung Labuh berhampiran Roundbout. Saya memegang prinsip menepati masa tiba 5 minit sebelum dijanjikan jam 12.55 tengah hari. 1.15 ptg En Mokhtar dan En Atan tiba. Setelah berbual-bual di bonet kereta, dan memberi penerangan dan nota produk, En Atan meminta diri pulang ke Benut. Sebelum itu saya bertanya beliau, mengapa sanggup datang jauh-jauh untuk mengambil kopi ini? Beliau menjawab:
"Saya yakin dengan kopi ini, walaupun agak mahal, TETAPI saya sudah dapat membantu seorang rakan saya. Dia dah 'pulih'.(mati pucuk lah senang cerita, jual benda ni mana boleh kias-kias)
"Tahniah, ni saya bagi cara-cara bagaimana nak order melalui faks. Lain kali tidak perlu ternanti-nanti saya, maklumlah jaraknya jauh juga"
Saya pun pulang. Baru sahaja sampai depan pintu rumah, Zailani ajak bincang fasal bisnes Bio asli. Jumpa di Warung Putih Parit Sulong. Barang-barang dia pun ada pada saya.
Semasa saya berborak dengan Zailani, saya menerima call. Siapa pula ini? Dia memperkenalkan sebagai Mr F. Dia kata dah jadi ahli bawah saya. Saya tertanya-tanya, bagaimana boleh masuk dengan saya? Dia kata melalui blog ini (ptsulong.blogspot.com). Alhamdulillah....! Tahniah Mr R.
Satu jam kemudian Mr R, muncul di Stesen Minyak Esso. Saya menuju ke sana. Saya menyerahkan minyak power Oil 31. Saya rahsiakan nama beliau kerana takut Mr R Saman saya, kerana mungkin membeli minyak ini agak macam membeli kon.....m . Ah nak sebut pun tak tergamak! Dia kata nak cuba dulu, kalau ok boleh promosi kepada saudara mara. Ingat yang dah berumah tangga sahaja tau!
Sampai rumah dah menunggu pula dua orang lelaki hebat Pt Sulong. Siapa lagi Sdra Mahad dengan En Mohamad Zolkepli. Kami bincang-bincang bagaimana nak lariskan jualan produk-produk bio asli termasuk Minyak Kelapa Dara yang banyak khasiatnya itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan